NADI MELUGU X KIDVENTURE 2026
21 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniSatu sesi tontonan video KidVenture telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep 4P dalam pemasaran, dengan fokus kepada elemen Promosi serta penyampaian mesej yang sama kepada sasaran audiens yang berbeza.
Melalui video yang ditonton, peserta diperkenalkan kepada konsep asas 4P iaitu Produk (Product), Harga (Price), Tempat (Place) dan Promosi (Promotion). Penekanan diberikan terhadap bagaimana strategi promosi boleh disesuaikan mengikut kumpulan sasaran walaupun mesej utama yang disampaikan adalah sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: